dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Python in Animation

19 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2026, 3 orang peserta telah menonton video Python in Animation Siri 1 melalui platform Nadibook bagi memberi pendedahan tentang penggunaan bahasa pengaturcaraan Python dalam penghasilan animasi. Dalam modul ini, peserta mempelajari mBlock yang dijalankan bagi memberi pemahaman tentang asas pengaturcaraan berasaskan blok. Sesi ini menekankan bahawa mBlock merupakan platform pengaturcaraan visual yang memudahkan pengguna terutama pemula untuk memahami konsep asas coding dengan lebih mudah dan interaktif.

Dalam modul ini, peserta mempelajari bahawa pengaturcaraan bukan hanya bergantung kepada penulisan kod semata-mata, tetapi lebih kepada bagaimana arahan disusun menggunakan blok-blok yang disediakan. Peserta turut didedahkan kepada bahagian Senarai Blok yang mengandungi pelbagai jenis arahan seperti pergerakan, kawalan dan fungsi, serta Workspace yang digunakan untuk menyusun blok-blok tersebut menjadi satu atur cara lengkap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.